1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari? 6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. 11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah. 12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda. 13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. 14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin. 15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam. 16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. 17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan. 19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. 20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. 21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini. 25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia. 26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa. 27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga. 29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. 31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. 32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. 33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan. 34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga? 35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga. 36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga. 37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah. 38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak. 39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. 40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah. 41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu. 42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa. 43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia. 44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. 45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama. 46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian. 47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati. 48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur. 49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa. 50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang. |
Who Are You??
s
Thursday, 3 April 2014
Tip Bahagia Rumah Tangga!!
Bahagia kah hidup Mu!!!!!!!!
Happy??What you mean Happy??Playying,Laughing,Listening Music,Walking,Running,Drinking??travelling or what"??Ramai orang memberi pelbagai definisi "Happy" itu,ada yang happy enjoy memanjang,ada yang happy dengan duduk diam aje,ada yang happy duduk dengan family,pelbagai definisi happy yang diberi bagi setiap jiwa,,bagi setiap jiwa-jiwa yang mencari keseronokan,,sedangkan bahagia itu sendiri tak seperti yang kita gambarkan,kerana gambaran pada kebahagiaan itu sendiri bermain main pada benak kita dengan kemewahan,duit banyak or something else,ada yang rasa"Kalau aku ada rumah Besar,maka enjoy hidup aku,kalau aku ada BMW ke,mrcedes,pasti bahagia hidup aku,kalau ada awek keliling pinggang,semua cun-cun,pasti enjoy hidup aku..Daripada orang miskin sampai ke orang kaya,setiap orang ada gambaran bahagia masing2..Then,macam mana kita tau perkara yang kita idam-idamkan tu satu Kebahagiaan??
Adakah kita rasa dengan memiliki semua yang kita idam-idamkan itu satu kebahagiaan dan keseronokan yang kita cari...Kita mungkin melihat orang-orang kaya memandu kereta mewahnya setiap hari..Then kita yang naik kereta buruk ni pikir... "Best lah dia bawak kereta mahal" sedangkan dia yang memiliki itu tidak sikit pun rasa bahagia,malah ada perkara di dalam benak dia yang dia inginkan hingga dia pulak kata "Best je si polan dapat itu dan ini" What the??
DAH tu..apa bahagia tu??Apa kegembiraan tu??Mungkin ramai yang akan jawab typical anwser lepas baca ni...
SOLAT JEMAAH
TAHAJUD,
CINTA ALLAH
ILMU,
DUDUK BERSAMA ULAMAK-ULAMAK..
n BANYAK LAGI.......
Yang ni la iblis syaitan paling tak nak kita dekat kerana apa??kerana mereka tak nak kita bahagia... PERCAYA LA,,,Ketenangan itu satu kebahagiaan,Kadang2 kebahagiaan itu datang selepas kita bersusah payah mencari kebaikan,bukan dengan buat apa yang kita suka...Kebahagiaan itu tidak boleh dijual beli,,tapi ia perlu dicari,penuhi jiwa dengan cahaya dan kebaikan..perjuangkan lah.... Ku merindui semua kebahagiaan itu,sedang hati ini masih bermaksiat kepada mu Tuhan... Miss Allah dan Muhammad s,a.w They are my lover forever....
Adakah kita rasa dengan memiliki semua yang kita idam-idamkan itu satu kebahagiaan dan keseronokan yang kita cari...Kita mungkin melihat orang-orang kaya memandu kereta mewahnya setiap hari..Then kita yang naik kereta buruk ni pikir... "Best lah dia bawak kereta mahal" sedangkan dia yang memiliki itu tidak sikit pun rasa bahagia,malah ada perkara di dalam benak dia yang dia inginkan hingga dia pulak kata "Best je si polan dapat itu dan ini" What the??
DAH tu..apa bahagia tu??Apa kegembiraan tu??Mungkin ramai yang akan jawab typical anwser lepas baca ni...
SOLAT JEMAAH
TAHAJUD,
CINTA ALLAH
ILMU,
DUDUK BERSAMA ULAMAK-ULAMAK..
n BANYAK LAGI.......
Yang ni la iblis syaitan paling tak nak kita dekat kerana apa??kerana mereka tak nak kita bahagia... PERCAYA LA,,,Ketenangan itu satu kebahagiaan,Kadang2 kebahagiaan itu datang selepas kita bersusah payah mencari kebaikan,bukan dengan buat apa yang kita suka...Kebahagiaan itu tidak boleh dijual beli,,tapi ia perlu dicari,penuhi jiwa dengan cahaya dan kebaikan..perjuangkan lah.... Ku merindui semua kebahagiaan itu,sedang hati ini masih bermaksiat kepada mu Tuhan... Miss Allah dan Muhammad s,a.w They are my lover forever....
Tuesday, 1 April 2014
Sosial Justice(Keadilan Sosial)
Adakah sosialis benar benar memberi keadilan kepada seluruh lapisan masyarakat di dalam sesebuah negara??Mana mungkin!!kerana Islam telah meletakkan paras keadilan itu adalah sesuatu yang diletakkan pada tempatnya,,Sedangkan Keadilan sosial itu adalah bebas dari penindasan,penipuan dan segala bentuk korupsi,baik daripada pemijakan ekonomi dan politik... Selayaknya yang bekerja keras mendapat kekayaan dan begitu juga sebaliknya,Islam tidak melarang kekayaan jika dengan cara yang halal,Islam juga tidak menghalang hak hak ke atas harta-harta yang diusahakan sedangkan sosialis memaksa harta-harta itu menjadi milik pemerintah untuk diagih agihkan..Maka di mana keadilannya??Di mana nilai-nilainya yang bertepatan dengan Islam..??
Saturday, 20 July 2013
Melihat dunia hati menjadi resah,Urat-Urat kian terserlah,pahitnya rasa dunia,banyaknya ranjau dan duri,Mencengkam setiap jiwa-jiwa yang berada di dalamnya,Dunia ini dari sisi pandangannya ia luas,ia dekat,ia mengiburkan,ia melekakan dan mengkhayalkan,sedang pada hakikatnya ia merupakan pentas,ia hanya jambatan yang mana kadang-kadang ia disinari bintang dan cahaya bulan yang indah,kadang-kadang ia dihembus angin bayu yang sayu dan membelai jiwa-jiwa yang sepi,tapi sesekali ia tajam,sesekali ia kejam,Meragut semua kehidupan di dalamnya,Menipu dan menikam belakang pengemarnya,Memerangkap para pengejarnya,Menghumban pencintanya ke dalam mulutnya yang dipenuhi racun yang mana ia diselindung kemanisan sementara..
Apabila mimpi-mimpi indah ini berakhir ia umpama terlena dari tidur yang panjang....
Mata Air mengalir mengikut derasnya,berlalu dengan acuannya,Tanpa menoleh tanpa mempersoalkan mengapa "Aku mesti mengalir" setiap hari,,Ke mana tujuan sedang Aku tidak pernah menemui hujungnya perjalananku...Akurnya makhluk ini pada penciptaNya,tidak pernah sesekali ia melanggar aturannya,lari dari tanggungjawabnya,menghina penciptaNya,menyombongkan diri di dalamnya.. Tidak seperti manusia yang lari dari tuhannya..
Tuesday, 2 August 2011
3 JENIS TUDUNG
Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga tudung muslimat. Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian, soal salah seorang pendengar di hadapannya.
Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.
Kedua, tudung Nasara (nasrani) . Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.
Ketiga tudung muslimat.” Tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga tudung muslimat. Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian, soal salah seorang pendengar di hadapannya.
Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.
Kedua, tudung Nasara (nasrani) . Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.
Ketiga tudung muslimat.” Tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Friday, 15 July 2011
Dulu dan Kini??
DULU
KINI
DULU
KINI
DULU
KINI
DULU
KINI
DULU
KINI
"TAMADUN BARAT MODEN" adalah suatu fenomena yang mengagumkan dalam sejarah.Tidak pernah wujudnya tamadun sebegini pada mana mana zaman sebelum ini.Pertama kalinya dalam sejarah ia terbentuk.Tamadun ini adalah penindas paling teruk di dalam sejarah.Mereka datang dan bertebaran di seluruh dunia untuk menjajah dan mereka mempunyai obsesi untuk mengubah umat manusia menjadi salinan kepada diri mereka sendiri.Mereka mempunyai misi untuk mentamadunkan umat manusia menjadi seperti diri mereka sendiri.Sebuah tamadun yang menolak Tuhan dalam kehidupan..inilah yang mereka panggil "KEMODENAN" dan memaksa setiap umat manusia untuk meninggalkan adat dan budaya serta agama mereka bagi memperoleh kemodenan(SEKULAR).Jika kamu memilih untuk menafikan silakan..Dan kamu tidak akan dapat menafikan seluruh umat manusia di dunia memiliki budaya hidup yang sama,pakaian yang sama,fesyen,muzik,hiburan.sistem ekonomi dan perundangan,hampir sama kesemuanya.Dan mana mana negara yang memandang ke BARAT akan dibilang maju dan moden..Inilah Tamadun yang telah merosakkan budaya,adat serta agama..Tidak ada satu tempat pun yang mereka lalui tidak akan menghadapi kerosakan kerana mereka adalah pembuat kerosakan di muka bumi,membunuh di sana sini,melakukan pertumpahan darah serta merompak dan menjarah tanah yang memiliki kekayaan ,kesenangan mereka pada hari ini adalah dari kesesengsaraan dan penderitaan orang lain..
Wednesday, 13 July 2011
WHO ARE YOU??
Who Are You???Belajar untuk berSuara...Tak kira siapa yang berkuasa di kongres,,Tak kira siapa yang berkuasa di White House..Berpetahlah,Ajarkanlah,Sebarkanlah..
If you're not ready to die for it, put the word 'freedom' out of your vocabulary.
Malcolm X
If you're not ready to die for it, put the word 'freedom' out of your vocabulary.
Malcolm X
Subscribe to:
Posts (Atom)

















